Posts

Penulisan Berimpak Tinggi

Assalamualaikum wbt semuanya. Selalu je blog ni terbiar tanpa dijaga. Banyak halangan nak update cerita-ceriti terbaru yang jadi. Keinginan tu ada, masa tu terhad. Macam-macam nak update. Pasal kain, Konjac, promosi-promosi sepanjang May ni, SALE untuk baju-baju pun banyak sekarang ni. Nak masuk bulan Ramadhan pula lagi. Huh... Haa, kebetulan nak masuk bulan puasa ni kan, sesiapa yang berminat nak cari sifu atau guru untuk menuntut ilmu storytelling ni kan, saya cadangkan Tuan Al-Irfan Jani. Beliau memang power bila bab menulis ni. Lagi-lagi penulisan yang ada impak. Bukan biasa-biasa. Kebetulan bulan puasa ni beliau buka slot untuk topik 'Mencari Ibrah'. Ibrah tu apa? Ibrah itu pengajaran, moral, nilai -- maksudnya. Sesiapa yang berminat nak menggali ilmu berkenaan penulisan berimpak tinggi ni, boleh klik link ni : https://stori.onpay.my/order/form/kelasibrah/Pnsuraya Memang tak rugi join kelas dia. Kelas yang dibuat dalam bulan puasa ni istimewa lebih dari kela...

Kain Vietnam Silk 1

Image
Assalamualaikum wbt semuanya. Kali ni kita tunjukkan kain-kain Vietnam Silk yang ada. Baik-baik tengok ye, kalau terjatuh cinta kita tak jamin. Hehe. Kain Vietnam Silk Orkid. Memang cantik. Kainnya berkaki. Vietnam Silk Orkid . 🌱 Kain sutera bidang 60, panjang kain 3.5m . 🌱  sebelah permukaannya lembut, sebelah lagi rasa kesat sedikit . 🌱  boleh guna kedua dua belah, apabila guna yang lembut sebelah dalam rasa lebih selesa (dari pengalaman pengguna) . 🌱 material sutera campuran cotton pada bahagian yang lembut, 🌱 material sutera campuran cotton dan polyester pada bahagian yang kesat 🌱 kain ini ada 2 jalur kaki pada keseluruhan kainnya. Ini yang membuatkan kain ni lebih mahal berbanding kain VS bunga yang lain. 🌱 kain ni mudah di gosok . 🌱 kain boleh dicuci dengan mesin basuh  Kalau nak tengok lebih banyak gambar kain Vietnam Silk Orkid boleh tekan SINI . Yang ni kain Vietnam Silk Jasmin. Ciri-cirinya : 🌺 Kain sutera lemb...

Intro - Kain Vietnam Silk

Assalamualaikum wbt. Seperti biasa, kita cerita pasal kain lagi. Kali ni Vietnam Silk. Vietnam Silk dari Comfy Cosy ada beberapa jenis tau. Yang penting semuanya cantik-cantik. Sekali tengok je macam kena mandrem, rasa nak tatap lama-lama. Haa, tu belum buat baju lagi tu. Okay, apa yang bestnya Vietnam Silk ni? 1. Boleh dibasuh menggunakan mesin basuh tau. Tak susah nak jaga. 2. Mudah untuk digosok. 3. Payah nak ronyok. Bahasa minang kata crumple. 4. Kain dua muka. Depan belakang boleh guna buat baju. Ada 2 tone colour gitu. 5. Kainnya sejuk dan selesa. Yang pakai saja yang boleh rasa keselesaan kainnya tu. 6. Kain Vietnam Silk tidak jarang. Tak perlu pakai inner pun. Kain Vietnam Silk Comfy Cosy memang berkualiti. Menjadi pilihan pensyarah, doktor, mereka yang bekerja di pejabat dan ramai lagi lah. Selesa menggayakan Vietnam Silk di mana-mana saja kerana ia mudah dijaga dan pemakai boleh sentiasa nampak kemas dan sopan walau memakainya seharian. Nantikan ...

Kain Pasang Linen

Image
Assalamualaikum wbt semuanya. Kali ni kita nak tunjukkan pula kain-kain linen yang ada. Sebelum tu, kita ambil tahu dulu ciri-ciri linen ni. Kain linen dari Comfy Cosy : ☘ material lembut dan tekstur sedikit berserat (bergaris) ☘ bidang 56 inci ☘ mudah digosok ☘ motif bunga kecil yang bergetah. Ciri ciri buat linen sangat sesuai bagi : 1. Ibu hamil 2. Ibu menyusu 3. Orang berlebihan berat badan 4. Kanak-kanak 5. Secara am semua orang boleh pakai. Plus Point Untuk Kain Linen : Kain linen tak perlu dibasuh dulu sebelum dijahit. Ia tidak mengecut pun. Tak seperti kain Cotton yang lain, perlu dibasuh sebelum dijahit. Sekarang kita tengok kain-kain linen yang ada pula.  Cantikkan warna merah kain linen ni? Nampak keyakinan tu terserlah bila memakai kain linen berwarna merah ni.  Warna merah jambu ni memang manis sangat. Yang memakai mesti nampak lebih ayu dan lembut saja. Sukanya warna ni.  Warna jingga ni sangat ceria warn...

Kain Linen

Image
Assalamualaikum wbt semuanya. Dah janji nak kongsi tentang kain linen dari post sebelum ni. Dari founder Comfy Cosy, Dr Safiya Amaran mengenai kain Linen. Kenali kain #linen. Inilah corak susunan biasa fibre linen. Ia melintang,  betul betul cross antara satu sama lain. Permukaan kain juga boleh nampak ketara 4 segi ni (susunan benang linen). Cuba lihat dalam gambar seperti di atas, nampak tak cross tersebut? Susunan benang nya - jelas kelihatan.  Itu typical untuk linen. Untuk kain linen yang kami ambil ni, Nampak tak bunga putih itu timbul di atas susunan benang? Corak tersebut mengukuhkan kedudukan dan susunan benang - benang linen ini. Susunan fibre yang betul - betul melintang antara satu sama lain buat ia mudah bergerak. Tetapi susunan inilah yang buat kain ini sangat selesa dipakai. Susunan fibre ini benarkan udara lalu dengan baik. Di samping itu ia serap air dengan cepat,  juga kering dengan cepat. Orang pakai kain linen dalam c...

Macam Mana Linen Jadi Kain?

Image
Assalamualaikum wbt semuanya. Terima kasih sebab sudi nak singgah di blog ni. Kali ni kita nak cerita tentang fabrik linen. Jarang sebenarnya dengar pasal kain pasang linen. Selalu kita dah di suakan dengan fabrik linen yang dah pun jadi baju. Okay, first of all, apa permulaan linen? Kat sini kita sediakan gambar lagi untuk anda semua 'get the picture' tentang susur galur linen ni. Haa, dah macam sejarah dah. Linen mulanya dari flaxseed. Orang diet Atkins taulah pasal flaxseed ni. Memang terkenal dengan khasiatnya yang mengandungi omega-3 & seratnya yang tinggi. Biji flax ni hanya hidup sekali je dalam setahun bila kita tanam dia. Special kan? Selepas tu dia tumbuh menjadi rerumput flax. Dan seterusnya bolehlah rujuk di gambar yang ada ni. Hihi.  Kita beritahu secara general saja sudahlah. Nanti pening pula nak baca panjang-panjang. Okaylah, lepas ni kita sambung lagi pasal kain linen. Perkongsian dari Puan Doktor Safiya Amaran ten...

Kain Cantik Comfy Cosy

Assalamualaikum wbt . Kenapa tiba-tiba ada nama "Kain Cantik Comfy Cosy" ni? Sebab saya agen Comfy Cosy yang jual kain pasang cantik-cantik tu. AID130 -- ni agent ID saya. Jadi saya merupakan 'Trusted Seller' anda. InsyaAllah. Jangan risau ye . Segala gambar & info tentang kain pasang yang ada akan di'bentangkan' di sini. Yeayy! Jom mula!

Hai, saya Bella Donna!

Image
Hai nama saya Bella Donna. Saya suka kulit muka adik-adik, kakak-kakak & abang-abang yang tak suka pakai sabun muka. Saya paling suka kulit muka adik, kakak & abang yang tersalah pakai produk. Trauma? Jangan gundah. Asal saya asli dari Konjac. Serat sayur yang digubah menjadi span. PJY12 #KurusTheKonjacFood
Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera pada yang sudi membaca. Kali ni nak cerita tentang kebaikan Bella Donna The Konjac Sponge. Sebelum ni saya ada tuliskan tentang break out skin. Pengalaman sendiri. Dah setahun rupanya berKonjac Sponge. Memang best, tak pernah mengecewakan. Alhamdulillah. Saya memang puas hati setakat ni dengan span Konjac ni. Mudah guna, tak perlu nak pakai apa-apa cream pun. Seronok sebab kita yang pernah trauma dengan masalah kulit ni jadi lega bila gunakan span Konjac. Tak perlu pun fikir pasal kesan sampingan. Sebab memang takde. Kulit lebih bersih cuci dengan span Konjac dari cuci biasa-biasa dengan pencuci muka. Pengalaman menggunakan span Konjac selama setahun (bukan sebulan ye, ulang suara SETAHUN), memang absolutely awesome. Takde hal la setakat naik jerawat pendam (jerawat yang tak nampak tapi bila pegang sakit), cuci muka dengan span Konjac 3 kali sehari, InsyaAllah esoknya jerawat pendam pun segan nak naik. Span ni dibuat dari serat u...

Apa cerita?

Assalamualaikum wbt. Lama tak bersiaran di sini. Tertinggal-tinggal rumah No 2 ni. Dah macam-macam yang berlaku selama ni. Rugi tak kongsi di sini. Perihal anak-anak, keluarga, Konjac, FB Page yang dah tak aktif, FB personal sendiri yang dah minimize kawan-kawan -- dari 3ribu lebih tinggal beratus je. Macam-macamlah.. Jumpa sifu-sifu online, dapatan-dapatan berfaedah yang susah sekali jumpa diluar. Kalau nak dapatkan pun mungkin kena beli buku kot. Yang ni MAHAL ceritanya. Salah seorang darinya Doktor Rizal Abu Bakar. Dia ni memang best. Macam-macam tips tentang otak yang dikongsikan di wall FBnya. Siap saya tulis dalam buku setiap tips tu. Sangat bermanfaat. InsyaAllah nanti saya cuba kongsikan di sini. Manalah tau ada yang sudi nak baca kan? Okay, see you when I see you. Hihi.

Kurus The Konjac Food

Image
Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera semuanya ^_^ Lama tak bersiaran di blog.. Last post pun bulan Februari atau March rasanya.. Ada benda baru nak cerita sebenarnya nih.. Nama dia Kurus, hihi~.. Actually nama jenama makanan gantian sihat untuk Konjac Food. Apa tu Konjac Food? Konjac Food adalah makanan gantian kepada Nasi, Mee & Kueyteow tetapi lebih sihat. Konjac Food terdiri dari 97% air + 3% serat Glucommanan yang terdapat di dalam ubi Konjac. Macam mana rupa bentuk Konjac tu? Inilah ubi Konjac! Jom Follow rapat-rapat page ni ---> https://m.facebook.com/Kurus-The-Konjac-Food-1593974180923066/

Hormon.

Assalamualaikum w.b.t & Selamat sejahtera semuanya.. Kenapa hormon?? Sebab tgh belek2 muka yang makin.... -last update bulan Februari 2016. Hari ni dah 14 November 2016, dah 9 bulan berlalu. Lama dah tinggalkan blog ni terbiar tak berusik. Pasal hormon tu, sebenarnya bukanlah masalah hormon kot.. Lebih kepada salah guna skincare atau produk penjagaan kulit muka. Memang kulit muka problem jugaklah lepas tersalah guna sabun tu. Ditambah pula dengan peningkatan umur yang membuatkan kolagen kulit semakin menipis kaannn.. Jerawat naik kt pipi kiri kanan, dahi pun penuh, dagu pun sama. Nak menangis pun tak guna rasanya, benda dah jadi, dah tumbuh melata pun. Ulang suara ye, ini kisah berbulan-bulan yang lalu tau. Sekarang kulit I dah kembali ceria 😁😁😁✌. Alhamdulillah. Give up sekejap dengan segala pencuci muka yang ada dalam Malaysia ni. Pencuci muka sebelum ni dah habis stok, susah nak cari dah. Mungkin dah tak produce lagi agaknya. Merata mencari. Sedih. Gatal sangat k...

Pening Nak Cari Hadiah??

Image
Assalamualaikum w.b.t & Selamat sejahtera ^_^ Pening memikir nak cari hadiah apa untuk birthday budak2. Beli mainan kang, mainnya sekejap je. Beli makanan, lepas tu kenyang, tapi x lasting.. Beli baju pun sekejap je, diorg dh besar dh xmuat, sure xpakai dah. Erm... Macam nak bagi sesuatu yg boleh diorg ingat kita. Dalam masa yg sama bermanfaat jugak. Buku! Yes! Semalam Abg Rayyan ada tunjuk buku comel dlm BookCafe.Com kt mama & papa. Dia kata buku tu mcm best. Hahaha~.. Buku tu mmg nampak menarik judul dia, cover depan pun kiut sangat. Sesuai jadi bahan bacaan kanak2. Kena pulak jadikan Buku sebagai hadiah. Tulis sikit wish kt blkg cover buku tu, balut cantik2, dah jadi hadiah!! Yeay! Bukan hanya untuk kanak2 saja, semua golongan pun sesuai. Universal present nama dia. Hehe~.. Bukan setakat hari jadi je, buku juga boleh dijadikan hadiah kepada pasangan yang baru berkahwin (buku2 tentang permulaan kehidupan selepas bernikah), yang baru memulakan bisnes, yang baru nak ...

Kedai Buku Online??

Image
 Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera ^_^ Seperti yang dijanjikan semalam, saya akan menjawab persoalan dari post yg sebelum ini. Sudah semestinya jawapan untuk ketiga2 soalan tersebut adalah KEDAI BUKU ONLINE. Kan?! Memang. Budak darjah 1 pun tau. Tapi, semua orang tahu ke tentang kewujudan KEDAI BUKU ONLINE?? Ada jgk yg xtahu. Ada yg tahu tapi MALAS nak cari. Sama jugak macam kita nak cari bahan bacaan yang di 'suggest' oleh kawan2 tapi bila nak kena cari section by section dalam kedai buku tu punyalah seksa! Kena pulak time tu orang ramai, bila dah jumpa section dia sekali kena tengok pulak satu-satu buku yang mana, judul apa, jilid berapa, dan entah apa2 lagilah... Haaa, pening sampai ke sudah. Lagi pulak bila dah jumpa buku yang diidamkan tu, sekali kena rembat plak dgn member yg kebetulan cari buku yg sama. Lambat sesaat jee.. Nangis! Tu belum masuk cerita kalau bawak anak2 pulak. Haaa.... Boleh merecik peluh dalam kedai yg ber 'air-cond'. Berhuhuh...

Bersihkan sawang 'rumah' no 2.

Image
Assalamualaikum w.b.t & Selamat sejahtera ^_^ Dah lama tak update apa2 kt sini.. Bersawang sikit, hehe.. Dah ada new chapter in life.. Anak sulung dah masuk darjah 1.. Excited sangat sampai rasa nak masuk sekolah balik, hahaha... Yang no 2 pun dah start tadika. And kita dh ada baby baru dalam family. So, total ada 4 anak.. Baru xbaru jgklah.. She's gonna be 1 this April. Alhamdulillah.. Well, seperti biasa bila dah lama tak post apa2 ada sedikit rasa canggung nak menaip. Kepala pun blur lagi, nak ambil masa 'free' pun time anak2 tak ganggu (which is impossible).. Tapi demi nak hilangkan sawang2 dlm 'rumah' ni, kita mesti berusaha! Yes! Nak warm up sikit cerita pasal KEDAI BUKU ONLINE seperti yg terpampang di atas. Siapa yg suka baca buku? Siapa yg suka pegang buku? Siapa yg NAK BELI BUKU tapi XSUKA BERATUR lama2 kt kedai buku & paling penting tak suka nak round banyakkkk kali kt tempat2 @ section2 buku yg memang menjadi pilihan @ carian periba...

Happy CNY!!

Image
Assalamualaikum w.b.t.. Happy Chinese New Year to my Chinese friends that celebrating it today!! Untuk yang lain2 tu sure sedang menikmati hari cuti bersama keluarga. Cuti dari khamis sampai ahad dah tentu ramai yg menggunakan hari cuti yg ada utk balik kampung, pegi holiday, cross-state (mcm cross-country, tp since dlm Malaysia je so kita cross-state jelh).. Dan yang paling pasti, jalan akan jem seperti yang selalu dijangka.. Jadi, rancang perjalanan anda dengan baik, dgr mcm cliche kan, tp dh memang kne rancang dgn baik, kalau x, menghadap jem la kita berjam2 lama nya.. Time tu lah nanti keluar segala perancangan indah "kalau kita keluar awal, kalau kita xlalu kt sini", dan banyak lagi kalau nye.. Yang penting jgn stress, bukan kita je yang ada dlm kesesakan lalu lintas tu, org lain pun ada sama. Semua pun nak sampai ke tempat yang dituju dlm keadaan selamat. Saya doakan semua selamat pergi dan selamat pulang ke destinasi. }

Busyness.. Part 2.

Image
Assalamualaikum w.b.t... Previously, saya ada letakkan gambar-gambar barang yang saya jual. Itu setakat 4 gambar je. Untuk kali ni ada lagi! Sila cuci mata ye semua. Hehe~ Kinetik Sand Fragrance for men Fragrance for men Fragrance for women Ed Hardy Love & Luck

Busyness.. Part 1

Image
Assalamualaikum w.b.t.. Semenjak dua menjak ni, agak sibuk dengan anak2, business kecil-kecilan, ke sana ke mari meniaga sikit-sikit, promosi barang jualan di sana sini, sampai terlupa nak update blog. Anak sulung dah 3 minggu di tadika. Alhamdulillah, depan rumah je. Berhantar, berjemput tiap-tiap hari sambil jalan kaki bawa adik2 dia yg lagi 2 orang ni. Memang cepatlah bersalin nampaknya. Huhu~.. Tentang business kecil-kecilan ni, adalah serba sedikit yang nak dikongsi bersama dengan semua. Apa yang saya jual? Best ke barang dia? Best @ tidak bergantung kepada anda yang membeli dan menggunakannya. Saya jual barang-barang keperluan rumah, kereta, elektronik, permainan kanak-kanak dan juga perfume.   Mini Vacuum Cleaner Portable for Car Aqua Rug Happycall Special Double Sided Pan Foldable Pail 

The Simplest Breakfast For All

Image
    Assalamualaikum w.b.t.. Gambar-gambar yg saya attach ni merupakan simplest breakfast yg hanya menggunakan 3 barang basic, iaitu roti, cheese dan telur. Ini pun saya share dari Stylish Eve di Facebook. Tapi untuk picture no 2, ada sedikit tambahan. Kalau ada chicken slice bolelah guna, tapi kalau xde pun xpe. Ganti dgn minced chicken or minced beef pun okay.  Yg best nya bila makan panas2 pastu cheese dia meleleh keluar dr roti tu yg buat orang tgk rasa terliur...huhu~ Yang second ni memang husband saya suka makan, sedap pun sedap, cepat kenyang. Pastu kita boleh letak mustard sos dan cili sos. Perghh.. Memang terangkat~..  Yang last ni memang anak2 saya suka, senang nak pegang dan cepat pulak tu nak siapkan.  Selamat mencuba! }

Breakfast Muffin.

Image
Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni saya nak share resipi ringkas utk buat muffin. Nama dia pun breakfast muffin, simple xamik ms yg lme, dan yg best skali nak letak fresh fruit sama ada blueberry ke, strawberry ke ataupun nak tukar letak choc chip byk2 ke, xkisah. Terpulang pada kreativiti masing-masing. Selamat mencuba! Breakfast muffin  1 3/4 cups all-purpose flour  1/3 cup white sugar  2 1/2 teaspoons baking powder  1/2 teaspoon salt  3/4 cup milk  1 egg, lightly beaten  1/3 cup butter, melted  1 cup fresh blueberries Directions : Preheat oven to 400 degrees F (200 degrees C). Grease muffin cups, or line them with muffin liners. In a large bowl, whisk together flour, sugar, baking powder, and salt. Add milk, egg, and butter; mix until ingredients are moistened. Do not overmix. Stir in fresh fruit. Spoon batter into prepared muffin cups. Bake in preheated oven until the tops spring back when lightly touched, 20 to 25 min...