Posts

Showing posts with the label kain linen

Kain Pasang Linen

Image
Assalamualaikum wbt semuanya. Kali ni kita nak tunjukkan pula kain-kain linen yang ada. Sebelum tu, kita ambil tahu dulu ciri-ciri linen ni. Kain linen dari Comfy Cosy : ☘ material lembut dan tekstur sedikit berserat (bergaris) ☘ bidang 56 inci ☘ mudah digosok ☘ motif bunga kecil yang bergetah. Ciri ciri buat linen sangat sesuai bagi : 1. Ibu hamil 2. Ibu menyusu 3. Orang berlebihan berat badan 4. Kanak-kanak 5. Secara am semua orang boleh pakai. Plus Point Untuk Kain Linen : Kain linen tak perlu dibasuh dulu sebelum dijahit. Ia tidak mengecut pun. Tak seperti kain Cotton yang lain, perlu dibasuh sebelum dijahit. Sekarang kita tengok kain-kain linen yang ada pula.  Cantikkan warna merah kain linen ni? Nampak keyakinan tu terserlah bila memakai kain linen berwarna merah ni.  Warna merah jambu ni memang manis sangat. Yang memakai mesti nampak lebih ayu dan lembut saja. Sukanya warna ni.  Warna jingga ni sangat ceria warn...

Kain Linen

Image
Assalamualaikum wbt semuanya. Dah janji nak kongsi tentang kain linen dari post sebelum ni. Dari founder Comfy Cosy, Dr Safiya Amaran mengenai kain Linen. Kenali kain #linen. Inilah corak susunan biasa fibre linen. Ia melintang,  betul betul cross antara satu sama lain. Permukaan kain juga boleh nampak ketara 4 segi ni (susunan benang linen). Cuba lihat dalam gambar seperti di atas, nampak tak cross tersebut? Susunan benang nya - jelas kelihatan.  Itu typical untuk linen. Untuk kain linen yang kami ambil ni, Nampak tak bunga putih itu timbul di atas susunan benang? Corak tersebut mengukuhkan kedudukan dan susunan benang - benang linen ini. Susunan fibre yang betul - betul melintang antara satu sama lain buat ia mudah bergerak. Tetapi susunan inilah yang buat kain ini sangat selesa dipakai. Susunan fibre ini benarkan udara lalu dengan baik. Di samping itu ia serap air dengan cepat,  juga kering dengan cepat. Orang pakai kain linen dalam c...

Macam Mana Linen Jadi Kain?

Image
Assalamualaikum wbt semuanya. Terima kasih sebab sudi nak singgah di blog ni. Kali ni kita nak cerita tentang fabrik linen. Jarang sebenarnya dengar pasal kain pasang linen. Selalu kita dah di suakan dengan fabrik linen yang dah pun jadi baju. Okay, first of all, apa permulaan linen? Kat sini kita sediakan gambar lagi untuk anda semua 'get the picture' tentang susur galur linen ni. Haa, dah macam sejarah dah. Linen mulanya dari flaxseed. Orang diet Atkins taulah pasal flaxseed ni. Memang terkenal dengan khasiatnya yang mengandungi omega-3 & seratnya yang tinggi. Biji flax ni hanya hidup sekali je dalam setahun bila kita tanam dia. Special kan? Selepas tu dia tumbuh menjadi rerumput flax. Dan seterusnya bolehlah rujuk di gambar yang ada ni. Hihi.  Kita beritahu secara general saja sudahlah. Nanti pening pula nak baca panjang-panjang. Okaylah, lepas ni kita sambung lagi pasal kain linen. Perkongsian dari Puan Doktor Safiya Amaran ten...