Hormon.



Assalamualaikum w.b.t & Selamat sejahtera semuanya..

Kenapa hormon??
Sebab tgh belek2 muka yang makin.... -last update bulan Februari 2016.

Hari ni dah 14 November 2016, dah 9 bulan berlalu. Lama dah tinggalkan blog ni terbiar tak berusik.

Pasal hormon tu, sebenarnya bukanlah masalah hormon kot.. Lebih kepada salah guna skincare atau produk penjagaan kulit muka. Memang kulit muka problem jugaklah lepas tersalah guna sabun tu. Ditambah pula dengan peningkatan umur yang membuatkan kolagen kulit semakin menipis kaannn..

Jerawat naik kt pipi kiri kanan, dahi pun penuh, dagu pun sama. Nak menangis pun tak guna rasanya, benda dah jadi, dah tumbuh melata pun. Ulang suara ye, ini kisah berbulan-bulan yang lalu tau. Sekarang kulit I dah kembali ceria 😁😁😁✌. Alhamdulillah.

Give up sekejap dengan segala pencuci muka yang ada dalam Malaysia ni. Pencuci muka sebelum ni dah habis stok, susah nak cari dah. Mungkin dah tak produce lagi agaknya. Merata mencari. Sedih.
Gatal sangat kan nak mencuba sabun tu, sekali tak kena dengan kulit muka, habissss.

Asalnya sebab kulit sunburn, naik jerawat-jerawat pasir, pencuci muka yg biasa pakai pun dah nak habis, susah pula nak mencarinya, cubalah dengan 1 sabun ni, tengok orang lain semua elok je pakai, yang kita ni pun ada hati nak cuba. Sekali tak kena dengan kulit. Akhirnya skin break out , and then stop pakai sabun tu selepas sebulan lebih apply pada kulit muka. Tiada perubahan pun, malah kulit jadi lagi kering.

Tidaklah saya menyalahkan produk, mungkin ia memang tak kena langsung pada kulit saya. Kulit org lain InsyaAllah ok agaknya kalau guna sabun tu.

Saya tak complain pun pada seller sabun tu, biarkan jelah. Macam saya ckp tadi, saya tak boleh salahkan produk, mungkin kerana produk tu memang tak sesuai pada kulit saya. So, kita move on jelah.

Cari cara natural nak merawat jerawat sebab rasanya kulit jadi makin sensitif.

Mula-mula cuba pakai bedak sejuk, letak air limau nipis sikit, tepek2 kt muka. Merenyam-renyam kulit dibuatnya. Lepas tu buat soda bikarbonat dengan lemon, perahkan lemon pada sedikit soda bikarbonat, tepek-tepek kt muka, biarkan sampai kering. Makin mengecil jugak jerawat-jerawat ni. Seronok nak buat lagi. --waktu ni tak pakai apa-apa pencuci muka sebab buntu nak pilih yang elok utk kulit.

Dalam masa yang sama men"google" jugalah mencari apa yang mudah dan senang untuk nak pulihkan kulit muka. Letih juga nak buat yang tepek-tepek tu tetiap hari, dengan anak-anak lagi, kerja rumah lagi. Huh... Berpeluh mak.

Akhirnya pada suatu malam yang hening, ingat lagi waktu tu pukul 2:30 pagi, terjumpa satu artikel tentang Konjac Sponge. Baca punya baca, rasa macam unik benda ni, span je kot, tak perlu pakai krim-krim, facial cleanser ke, toner ke, cuma span je!

Yes! Alhamdulillah. Akhirnya saya berjumpa juga dengan penyelamat kulit saya. Bella Donna The Konjac Sponge. Dengan izin Allah, kulit muka jadi semakin sembuh hari ke hari, minggu ke minggu . Kulit yang sunburn jadi mencerah setiap kali gunakan Sponge Konjac ni. Jerawat-jerawat dari mengecil terus menghilang. Kenyataan ye, saya sendiri alami skin breakout ni.

Oklah, nanti saya post tentang kebaikan - kebaikan Bella Donna The Konjac Sponge ni pula ye. Macam mana nak gunakan, kalau nak pakai dengan facial cleanser boleh ke tidak. Haaa, sabar ye. Nanti kita kupas lagi untuk masa akan datang.

Byeee. Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Kain Vietnam Silk 1

Kain Pasang Linen

Kurus The Konjac Food