Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera pada yang sudi membaca.

Kali ni nak cerita tentang kebaikan Bella Donna The Konjac Sponge.

Sebelum ni saya ada tuliskan tentang break out skin. Pengalaman sendiri.

Dah setahun rupanya berKonjac Sponge.
Memang best, tak pernah mengecewakan. Alhamdulillah.

Saya memang puas hati setakat ni dengan span Konjac ni. Mudah guna, tak perlu nak pakai apa-apa cream pun.
Seronok sebab kita yang pernah trauma dengan masalah kulit ni jadi lega bila gunakan span Konjac.
Tak perlu pun fikir pasal kesan sampingan.
Sebab memang takde.

Kulit lebih bersih cuci dengan span Konjac dari cuci biasa-biasa dengan pencuci muka.

Pengalaman menggunakan span Konjac selama setahun (bukan sebulan ye, ulang suara SETAHUN), memang absolutely awesome.
Takde hal la setakat naik jerawat pendam (jerawat yang tak nampak tapi bila pegang sakit), cuci muka dengan span Konjac 3 kali sehari, InsyaAllah esoknya jerawat pendam pun segan nak naik.

Span ni dibuat dari serat ubi Konjac, serat tumbuh-tumbuhan.
Span organik la kiranya ni.
Baby pun boleh pakai tau.
Kulit sensitif sangat disyorkan.
Biasanya yang kena break out skin ni kulit akan jadi sensitif juga, so memang sesuai sangatlah kalau nak gunakan span Konjac ni.

Beruntung rasanya jumpa span Konjac setahun lepas, memang keputusan yang tepat bila decide nak gunakan dia waktu tu.

Dulu kalau pegang dahi menggerutu, sekarang dah tak lagi.
Rasa licin. Bebas jerawat pasir.
Alhamdulillah. Yeayyy!

Comments

Popular posts from this blog

Kain Vietnam Silk 1

Kain Pasang Linen

Kurus The Konjac Food