Kain Vietnam Silk 1

Assalamualaikum wbt semuanya.

Kali ni kita tunjukkan kain-kain Vietnam Silk yang ada.
Baik-baik tengok ye, kalau terjatuh cinta kita tak jamin. Hehe.

Kain Vietnam Silk Orkid. Memang cantik. Kainnya berkaki.

Vietnam Silk Orkid .

🌱 Kain sutera bidang 60, panjang kain 3.5m .

🌱  sebelah permukaannya lembut, sebelah lagi rasa kesat sedikit .

🌱  boleh guna kedua dua belah, apabila guna yang lembut sebelah dalam rasa lebih selesa (dari pengalaman pengguna) .

🌱 material sutera campuran cotton pada bahagian yang lembut,

🌱 material sutera campuran cotton dan polyester pada bahagian yang kesat

🌱 kain ini ada 2 jalur kaki pada keseluruhan kainnya. Ini yang membuatkan kain ni lebih mahal berbanding kain VS bunga yang lain.

🌱 kain ni mudah di gosok .

🌱 kain boleh dicuci dengan mesin basuh

 Kalau nak tengok lebih banyak gambar kain Vietnam Silk Orkid boleh tekan SINI.





Yang ni kain Vietnam Silk Jasmin. Ciri-cirinya :

🌺 Kain sutera lembut seperti sutera crepe

🌺 bidang 45, panjang 4m

🌺 boleh guna kedua dua bahagian kain, depan dan belakang

🌺 motif kaki bercorak diamond kecil secara melintang

🌺 corak diamond yang kecil di bahagian kaki & corak abstract yang minima di bahagian badan & nampak berbayang corak di badan (***kalau ada cahaya baru nampak coraknya)

🌺 tekstur kain sama lembut seperti VS Teratai.

Memang terliur tengok kain-kain ni.
Warna pun mengancam.

Buat masa ni, kita tunjuk 2 jenis Vietnam Silk dulu. Post akan datang kita tunjuk kain Vietnam Silk yang lain pula ya.

AID130

Follow di Instagram : @KainCantikComfyCosy

Fb Page : https://www.facebook.com/Kaincantikcomfycosy/

Whatsapp link : http://www.wasap.my/60123017226

Comments

Popular posts from this blog

Kurus The Konjac Food

Kain Pasang Linen