Belum terlambat untuk bermula..

Assalamualaikum w.b.t..

Terimakasih kerana sudi nak bertandang ke blog yg xseberapa ni..
Newbie katakan.. Nak mengarang berkajang2 tu buat masa ni mmg belumlah lagi.
Tapi setakat cerita ringkas tentang diri org biasa2 ni bolehlah..

Asalnya saya seorang yg bekerja di sebuah bank di Petaling Jaya.
Berhenti kerja sbb waktu tu xsanggup rasanya nk berulang alik dari tmpt
tinggal ke office. Mmg jauh.. Guna public transportation lagi.. Plus, sampai ofis je hati
dah xkeruan teringatkn ank. Pernah sampai satu tahap, menangis call husband sbb rindu kt ank.. Hoho~ Pegi keje awl pagi, balik plak time bulan dh timbul. Husband kje shift.
Hmmm... Xbole jd.. Husband pun bersuara time tu.. Kesiankan ank katanya.. Saya pun nekad berhenti kerja. Memikirkan penat travel, kos transportation lg (mmg ratus2 abis sebulan), babysitter bagai nk byr... Huh~.. Berkicap..

Bila dh resign, rasa lapang je dada.. Time tu xterasa pun nk fikir psl duit ( nk byr transport, baby sitter, blabla yg lain2 lagi)..Yg paling best bole bgn lmbt.. Wah~...bila duduk umah jg ank sdri dpn mata, rasa lega sangat2.. Puas.
Hidup bersederhana, apa adanya.. Dr ank 1 sampailah skrg ni nak masuk 4.. Anak sulung pun skrg dh nak start tadika..

Alhamdulillah, bersyukur dan setiap nikmat yg Allah berikan dari sekecil2 hingga sebesar2 nikmatNya. Pengalaman sepanjang hidup setakat ini, sehingga ke hari ni, sgt2 bernilai..
Walaupun di akhir tahun 2014, di saat umur dh menjangkau 30an tapi rasanya masih belum terlambat utk saya kongsikan apa shj yg saya tahu, ilmu yg saya peroleh, pengalaman yg mendewasakan hidup, bersama dgn anda semua.

Suka saya ingatkan, apa saja yg kita tahu sama ada kecil @ besar, byk @ sikit, itu merupakan ilmu utk kita kongsikan bersama. Harapnya, permulaan di tahun 2015 nanti akan ada byk benda2 baru yg akan muncul, yg pastinya yg baik2 belaka akan berkunjung ke dlm kehidupan anda semua. Yang pasti, segala sesuatu yg baik itu dr Allah semata-mata. Insya Allah.



Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
+Dato\'92 Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor! \ +Azizi Ali, Jurulatih jutawan \ +Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap \ +Dato\'92 Dr Azman Ching (Jutawan MLM) \ +Billi Lim, Jutawan Berani Gagal \ +Dato\'92 Hussamuddin, Pengasas Karangkraf \ +Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan\ +Irfan Khairi, Jutawan Internet
}


Malaysia Web Hosting

Comments

Popular posts from this blog

Kain Vietnam Silk 1

Kain Pasang Linen

Kurus The Konjac Food